The Lenggong Archaeological Museum in Perak sees a sharp rise in visitors because of the rehousing of the Perak Man remains there.
Pelancong lawat Perak Man meningkat
Utusan Online, 04 March 2014
Story is in Bahasa Malaysia
Kedatangan pelancong ke Galeri Arkeologi Lenggong Kota Tampan di sini meningkat lebih sekali ganda sejak rangka manusia prasejarah paling lengkap, Manusia Perak atau Perak Man yang asli dipamerkan kepada orang ramai.
Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara, Datuk Dr. Zurina Majid berkata, sebelum ini, jumlah pengunjung hanyalah sekitar 2,000 orang sebulan dan angka itu kini melonjak kepada 5,000 orang.
Katanya, pertambahan mendadak itu adalah berikutan minat masyarakat untuk melihat rangka asli Perak Man yang buat pertama kali dipamerkan di galeri itu bermula 15 Februari lalu selepas 24 tahun ditemui di sini.
“Kepulangan Perak Man yang merupakan artifak sejarah yang amat bernilai ke tempat asalnya sudah lama dinanti-nantikan dan wajar menjadi kebanggaan penduduk setempat.
Full story here.