via Berita Harian, 24 August 2019: The Malaysian Ministry of Tourism, Arts and Culture has announced a RM$10 million allocation for research and development in the Sungai Batu archaeological sites. Article is in Bahasa.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya memperuntukkan RM10 juta bagi pembangunan dan penyelidikan Tapak Arkeologi Sungai Batu, Merbok di sini.
Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi, berkata pihaknya sedang menunggu kelulusan sebelum tapak warisan sejarah negara itu dapat dibangun dan dibuka untuk kemudahan pelawat serta kelestarian tapak.
“Saya berpandangan kawasan ini perlu diperkasakan kerana ia berpotensi menarik pelancong dalam bidang arkeo-pelancongan.
“Kita akan bantu dari segi peruntukan, namun sekarang sedang menunggu lagi satu kelulusan reka bentuk untuk kita bangunkan tempat ini,” katanya selepas merasmikan Festival Kedah Tua dan Jejak Warisan Merdeka 2019 di tapak arkeologi berkenaan, hari ini.
Source: RM10 juta bangunkan penyelidikan Tapak Arkeologi Sungai Batu | Nasional | Berita Harian