via Jurnal Arkeologi Malaysia, December 2020: A paper by Narayanan et al. on new discoveries in Pahang. The article is in Bahasa Malaysia.
Makalah ini membentangkan hasil tinjauan survei arkeologi yang dijalankan baru-baru ini di kawasan Ulu Tembeling, Sungai Tembeling, Pahang. Survei ini telah dijalankan dari 8 Mac hingga 14 Mac 2020 oleh sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Dr. Suresh Narayanen dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Tujuan survei ini adalah untuk melawat semula tapak-tapak prasejarah di Ulu Tembeling dan menilai keadaan semasa serta potensi tapak-tapak tersebut untuk kajian arkeologi susulan. Selain itu, survei ini bermatlamat untuk mencari dan merekod tapak-tapak baru dan insitu di kawasan tersebut. Survei telah dijalankan menggunakan kaedah dan peralatan survei arkeologi standard dan asas yang merangkumi peta topografi, peta geologi, alat sistem kedudukan global (GPS), instrumen pengesan logam, kamera digital dan alat-alat sesuai untuk mengumpul artifak permukaan. Hasil survei menunjukkan bahawa tapak-tapak seperti Kampung Bantal and Jeram Koi tidak insitu lagi manakala Bukit Komel masih sempurna dan sesuai untuk kajian arkeologi lanjutan. Antara jumpaan permukaan yang direkod dan dikumpul di Bukit Komel ketika survei termasuk pecahan tembikar dan alat batu beliung yang berkemungkinan bertarikh sekitar zaman Neolitik Akhir. Dua kawasan baru, satu di tapak perkuburan lama Bukit Karim dan satu lagi bersebelahan Jeram Koi, dikenal pasti mempunyai potensi tinggi untuk penyelidikan arkeologi masa hadapan.
This paper presents the results of recent archaeological survey conducted in the Ulu Tembeling area of Sungai Tembeling, Pahang. The survey was carried out from 8 March to 14 March 2020 by a research group, headed by Dr. Suresh Narayanen, from the Centre for Global Archaeological Research, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. The purpose of the survey was to revisit prehistoric sites in the Ulu Tembeling area as well as to assess the current potentiality of those sites for further archaeological investigation. In addition, the survey aimed to locate and record new and insitu sites in the area. The survey was done using standard and basic archaeological survey methods and equipment which comprising topography and geological maps, Global Positioning System (GPS), metal detector, digital cameras and suitable tools to collect surface finds. The results of the survey showed that sites like Kampung Bantal and Jeram Koi are no longer insitu while Bukit Komel appear to be intact and suitable for further archaeological work. Some of the surface finds discovered and collected at Bukit Komel during the survey were pottery sherds and stone adzes, probably dated to the Late Neolithic Period. Two new areas, one at the old cemetery site of Bukit Karim and another one next to Jeram Koi, were identified to have high potential for future archaeological research.