via Universiti Sains Malaysia and Universitas Indonesia: A joint graduate student webinar between the Centre for Global Archaeology Research, USM and the Department of Archaeology, UI on 14 and 15 July. An admission fee applies, and the webinar will be in Bahasa Malaysia/Indonesia.
Webinar Siswazah Arkeologi Antarabangsa merupakan seminar anjuran bersama Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia dan Departemen Arkeologi, Fakultas Ilmu Pengetahuan Budaya, Universitas Indonesia. Seminar ini diadakan dengan tujuan untuk memberi peluang kepada para siswazah arkeologi pada peringkat sarjana dan kedoktoran khususnya dari Malaysia dan Indonesia untuk membentangkan hasil penyelidikan mereka secara atas talian selepas mengambil kira aspek keselamatan semua pihak berikutan pandemik Covid-19.
Pembentangan hasil penyelidikan dan himpunan kertas kerja melalui webinar ini dipercayai dapat menyumbang pemahaman baharu tentang topik-topik hangat, isu-isu semasa serta metodologi dan pentafsiran data yang melibatkan sejarah peradaban manusia dari era prasejarah hingga etnografi terkini di Malaysia dan Nusantara.
Webinar ini juga boleh digunakan sebagai satu platform untuk menyalur dan berkongsi idea, di samping membina dan mengukuhkan lagi jaringan kerjasama antara institusi arkeologi di Malaysia dan Indonesia.
Source: WEBINAR SISWAZAH ARKEOLOGI ANTARABANGSA 2021 Tickets, Wed, Jul 14, 2021 at 9:00 AM | Eventbrite