via Sinar Harian, 14 September 2023: Participants in the Discover Ancient Kedah Geoarchaeological Trail explore the historical ties between Thailand and Malaysia, focusing on the ancient Malay kingdom of Old Kedah and its significance in the iron smelting industry. Article is in Malay.
Pengkaji mahupun pencinta sejarah dipelawa melakukan kunjungan balas ke Thailand dalam konteks lawatan akademik sekali gus menjelajah ke selatan negara itu yang pernah berada bawah pentadbiran kerajaan Kedah Tua suatu ketika dahulu.
Peserta Discover Ancient Kedah Geoarchaeological Trail, Ilham Mokhtar berkata, kunjungan rakyat Kedah khasnya dan Malaysia amnya ke negara jiran itu bukan sahaja dapat meluaskan pengetahuan dalam masa sama,boleh menjejaki sempadan asal pentadbiran kerajaan Melayu kuno sebelum abad ke-19.
Pelajar Seni dan Sains Sosial Universiti Putera Songkla itu berkata, kunjungan balas berkenaan bukan sahaja dapat berkongsi maklumat sejarah antara kedua-dua negara, sebaliknya menjalinkan kemesraan antara generasi baharu dan akan datang.