via Berita Harian, 29 January 2024: Contrary to the treasure-hunting image popularized by Indiana Jones, Dr. Nasha Rodziadi Khaw, a Senior Lecturer at Universiti Sains Malaysia, highlights the true essence of archaeology as a meticulous effort to reconstruct past cultures and preserve heritage.
Filem Indiana Jones yang mengangkat watak profesor arkeologi, lakonan Harrison Ford sedikit sebanyak mempengaruhi persepsi khalayak terhadap profesion seorang ahli arkeologi selama lebih empat dekad sejak kemunculannya menerusi Raiders of the Lost Ark pada 1981.
Bagaimanapun, menurut Pensyarah Kanan Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (PPAG-USM), Dr Nasha Rodziadi Khaw, hakikatnya kerjaya sebagai ahli arkeologi bukan soal obsesi memburu harta karun atau mengembara ke serata dunia semata-mata.
Sebaliknya kata Nasha, profesion itu cenderung kepada usaha merekonstruksi kebudayaan dan cara hidup manusia semasa zaman lampau dan memelihara warisan budaya negara serta bangsa.
“Ramai menganggap penyelidikan arkeologi bagaikan suatu perkara ‘romantik’ seperti kisah Indiana Jones selain memikirkan kerjaya itu membolehkan mereka ‘terbang’ mengembara ke serata dunia.