via Bernama/Malaysiakini.com, 23 October 2018: Universiti Sains Malaysia and SOAS will create a project to digitise the letters of Sir Francis Light, the founder of Penang. The letters offer a window into geopolitical events into the Malayan region at the time. Article is in Bahasa Malaysia.
Naib Canselor USM, Datuk Dr Asma Ismail berkata , koleksi bersejarah yang disimpan di School of Oriental and African Studies, Universiti London itu bakal merubah lanskap sejarah Pulau Pinang malah juga di dunia apabila tercetusnya sebuah projek dikenali sebagai ‘The Beacon of Light @ USM’.
“Ini adalah koleksi digital 1,200 surat, merangkumi 11 jilid dari tahun 1771 hingga 1794, selama kira-kira 23 tahun, semuanya dalam tulisan Jawi,” kata Dr Asma pada Majlis Anugerah Sanggar Sanjung USM 2017, di George Town, semalam.
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail selaku Canselor berkenan berangkat ke majlis tersebut.
Source: USM dapat hak eksklusif kaji surat digital Francis Light