via Berita Harian, 14 November 2019: Malaysia’s Deputy Minister of Tourism, Arts and Culture says that the Gua Niah skeletons are expected to be returned to Malaysia in 2020. I do no know why the bones are in Nevada currently.
Rangka manusia yang ditemui di Gua Niah iaitu bukti terawal penempatan manusia di Asia Tenggara yang kini berada di Nevada, Amerika Syarikat (AS), dijangka dibawa pulang ke Malaysia, Februari tahun depan.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, berkata Jabatan Muzium Sarawak (JMS) kini dalam proses membawa pulang rangka manusia berkenaan ke tempat asalnya di Gua Niah, Miri, Sarawak.
“Sebenarnya, ia bukan ‘Niah Man’ tapi beberapa rangka sekumpulan manusia. Jika proses berjalan lancar, rangka itu dijangka dapat dibawa balik Februari tahun depan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.
Source: Rangka manusia Gua Niah dibawa pulang tahun depan | Nasional | Berita Harian